Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan

Syiah lain yang pas tanya lain yang.dilaporkan


Sumber: http://greenboc.blogspot.com/

Sunday, December 9, 2012

Ahmad Deedat talking about Shia Islam & Ayatullah Khomeini

Ahmad Deedat talking about Shia Islam & Ayatullah Khomeini 

 

 Ahmad Deedat speaking about Shia Islam, Imam Khomeini and Islamic Republic of Iran.


Saturday, December 8, 2012

Ajaran Syiah dilarang disebar tetapi bebas diamal

Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

NONEBeliau berkata, mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/

Menyokong Iran bukan bererti syiah .

Menyokong Iran bukan bererti syiah .

Tatkala kita meletakkan prinsip politik kita di peringkat antarabangsa dan kita menyokong Iran dalam beberapa perkara dan isu , maka itu tidak bermakna kita menerima syiah dan menghukumkannya sebagai simpati terhadap syiah juga adalah suatu yang tidak wajar.

Mereka dengan mazhab mereka dan kita dengan mazhab kita , namun di sana kita mesti bersikap rasional untuk kita bersama dalam isu yang membawa kepentingan kita bersama sebagai ummat Islam .

Saya di sini bukan bertujuan malah tidak bermaksud berbincang soal syiah itu benar atau salah dan sesat atau tidak . Pun begitu suka saya jelaskan bahawa ulama’ ahlissunnah sendiri berbeza pendapat ( khilaf ) dalam menentukan kedudukan syiah.

Sebahagian mereka ( ulama’ ahlissunnah ) menganggap tidak semua mazhab syiah itu kufur dan sesat. Justeru itulah terlalu ramai ulama’ sunni yang bersetuju agar taqrib mazahib terus dilangsungkan agar tercapai matlamatnya untuk menyatukan ummat .

Antara ulama’ sunni ( sekadar membawa contoh ) yang bercakap soal taqrib ialah Syeikh Mahmud Syaltut rhm. , Imam Hassan al Banna rhm. , Syeikh Jaadul Haq a’li Jaadul Haq rhm. , Syeikh Ahmad Kiftaroo rhm. , Syeikh Dr. Yusuf al Qaradhawi , Syeikh A’li Jumuah , Syeikh Fathi Yakan , Syeikh Mohd Taqiy al Uthmani , Syeikh Mohd Sayyid Tantawi , Syeikh Mohd al habib bin al Khojah , Syeikh Said Abdul Hafiz al Hajawi , Syeikh Dr. Wahbah az Zuhaili , Syeikh Dr.Mahmud Siyam , Syeikh Taajudin al Hilali Mufti Australia , Syeikh Dr. Ahmad Badruddin Hussun Mufti Am Syria dan ramai lagi .

Maksud saya , andai kufurnya syiah adalah merangkumi semua mazhab dikalangan mereka dan ianya muktamad dengan ijma’ nescaya tidaklah ulama’ – ulama’ sunni ini bercakap soal taqrib secara konsisten .


Sumber: http://www.tranungkite.net/

Thursday, December 6, 2012

Ta’wil Ayat-ayat Quran Oleh Syiah

Ciri-Ciri Batiniah Dalam Akidah Dan Pegangan Syiah Imamiah

Contoh tafsir ayat-ayat Quran oleh Syiah Imamiah ialah seperti berikut:

(1) Firman Allah Ta'ala dalam surah al-’Araf ayat 159 yang bermaksud: “Dan di antara kaum Musa itu terdapat satu umat yang memberi petunjuk(kepada manusia) dengan hak kebenaran dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan”.

Syiah mentafsirkan iaitu: “Kaum Musa ialah mereka yang terdiri dari ahli atau penganut Islam iaitu Syiah".

(2) Firman Allah dalam surah al-Insyiqaq ayat 19 yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)”. 

Ulamak-ulamak Syiah mentafsirkan ayat tersebut dengan tafsir  bahawa umat Islam ini akan mengikut jejak langkah umat terdahulu dengan meninggalkan dan menafikan pewaris atau penganti nabi-nabi yang dilantik secara wasiat.

Dalam kitab hadis Usul al-Kafi karangan al-Kulainy terdapat tafsiran ayat-ayat Quran seperti berikut:

(3) Firman Allah taala dalam surah al-Ra’d ayat 7 yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”.

Bagi Syiah pemberi peringatan dalam ayat tersebut ialah Rasulullah saww dan yang memberi petunjuk dalam ayat tersebut selepas kewafatan Rasulullah saww ialah Imam Ali as dan diikuti oleh imam-imam dari kalangan keturunan Rasulullah saww (Ahlul Bait) seorang demi seorang.

Allah berfirman dalam Quran dalam surah al-’Araf ayat 157 yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (saww) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada disisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya mengikuti cahaya  yang terang yang diturunkan kepadanya. Mereka itulah orang-orang yang beruntung”.

An-nur (cahaya yang terang) yang diturunkan dalam ayat tersebut bermaksud Quran tetapi ulamak Syiah Imamiah menafsirkannya dengan Imam Ali as dan imam-imam mereka selepasnya.

(4) Firman Allah taala alam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud : “Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus(misykat), yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula disebelah barat(nya), yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. 

Bagi Syiah misykat dalam ayat tersebut bermaksud Saiyidatina Fatimah, pelita besar ialah Hasan as, kaca ialah Husein as, bintang yang bercahaya seperti mutiara ialah Fatimah di kalangan wanita-wanita lain di dunia, pohon yang banyak berkatnya ialah Ibrahim, tidak di sebelah timur dan tidak pula disebelah barat maksudnya bukan Yahudi dan bukan Nasrani, minyaknya saja hampir-hampir menerangi maksudnya hampir-hampir ilmu memancarkan dengannya, cahaya di atas cahaya maksudnya imam daripada imam selepas imam Ali as dan Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki maksudnya Allah akan memberi petunjuk kepada imam-imam apa-apa sahaja yang Dia kehendaki([7])

. Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 55 yang bermaksud: “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sunggguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagai mana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu; dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”.

Bagi Syiah maksud ‘mereka’ dalam ayat tersebut ialah imam-imam mereka bukan umat Islam yang beriman dan yang melakukan amal soleh. Tafsir-tafsir yang tersebut di atas adalah contoh tafsir ayat-ayat Quran secara batin oleh puak Syiah yang sememangnnya bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ulamak-ulamak Syiah mengisyaratkan kepada kita bahawa umat Islam ini akan mengikut jejak langkah umat terdahulu dengan meninggalkan dan menafikan pewaris atau penganti nabi-nabi yang dilantik secara wasiat. Golongan Syiah berpegang bahawa lafaz-lafaz Quran yang banyak memberi pengertian umum sebenarnya Allah ta’ala menghendaki pengertiannya yang khusus mengikut tafsiran batin.

Contohnya seperti berikut : Firman Allah taala dalam surah al-Ra’d ayat 7 yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”.

 Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 55 yang bermaksud: “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sunggguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagai mana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu; dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”.

Bagi Syiah maksud ‘mereka’ dalam ayat tersebut ialah imam-imam mereka dan bukannya umat Islam yang beriman dan yang melakukan amal soleh.


Wednesday, December 5, 2012

Syiah Pakistan


Pakistan's Shia genocide


Last Modified: 26 Nov 2012


suicide bomber in the city of Rawalpindi hurled a grenade into the midst of a Shia procession ...

More here

Fahaman syiah menular di Perlis

Kangar: 2012/12/05 - 06:01:48 AM

Jabatan Mufti Perlis mengesan gerakan membawa masuk fahaman Syiah yang difatwakan haram ke negeri ini. 

Beberapa pengikut Syiah dikesan mengedar risalah berkaitan fahaman itu di beberapa majlis terutama anjuran jabatan itu sejak dua hari lalu. 

Risalah bertajuk ‘Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah)’ itu mengandungi empat tajuk utama iaitu Pandangan Syiah Terhadap Sahabat, Tuduhan Terhadap Syiah Tentang Kemurtadan Para Sahabat, Pendirian Syiah Terhadap Perbalahan Para Sahabat dan Mengisahkan Keburukan Para Sahabat.

More here

Friday, November 30, 2012

Bombings kill Shias in Iraq cities of Hilla and Karbala

At least 33 people have been killed in bomb attacks on predominantly Shia Muslim areas south of the Iraqi capital Baghdad, officials say.

A double bombing in the city of Hilla killed 28 people and wounded scores more.

A car bomb also exploded in the nearby shrine city of Karbala, killing at least five people.

No group has said it carried out the attacks but Sunni militants have targeted the Shia majority in the past.


More:  http://www.bbc.co.uk/

Karbala bombs kill dozens during Shia commemorations

Bombs Strike Shiite Holy City in Iraq

http://answers.yahoo.com/


Listen to Al Quran online

Listen to Quran