Saturday, December 8, 2012

Menyokong Iran bukan bererti syiah .

Menyokong Iran bukan bererti syiah .

Tatkala kita meletakkan prinsip politik kita di peringkat antarabangsa dan kita menyokong Iran dalam beberapa perkara dan isu , maka itu tidak bermakna kita menerima syiah dan menghukumkannya sebagai simpati terhadap syiah juga adalah suatu yang tidak wajar.

Mereka dengan mazhab mereka dan kita dengan mazhab kita , namun di sana kita mesti bersikap rasional untuk kita bersama dalam isu yang membawa kepentingan kita bersama sebagai ummat Islam .

Saya di sini bukan bertujuan malah tidak bermaksud berbincang soal syiah itu benar atau salah dan sesat atau tidak . Pun begitu suka saya jelaskan bahawa ulama’ ahlissunnah sendiri berbeza pendapat ( khilaf ) dalam menentukan kedudukan syiah.

Sebahagian mereka ( ulama’ ahlissunnah ) menganggap tidak semua mazhab syiah itu kufur dan sesat. Justeru itulah terlalu ramai ulama’ sunni yang bersetuju agar taqrib mazahib terus dilangsungkan agar tercapai matlamatnya untuk menyatukan ummat .

Antara ulama’ sunni ( sekadar membawa contoh ) yang bercakap soal taqrib ialah Syeikh Mahmud Syaltut rhm. , Imam Hassan al Banna rhm. , Syeikh Jaadul Haq a’li Jaadul Haq rhm. , Syeikh Ahmad Kiftaroo rhm. , Syeikh Dr. Yusuf al Qaradhawi , Syeikh A’li Jumuah , Syeikh Fathi Yakan , Syeikh Mohd Taqiy al Uthmani , Syeikh Mohd Sayyid Tantawi , Syeikh Mohd al habib bin al Khojah , Syeikh Said Abdul Hafiz al Hajawi , Syeikh Dr. Wahbah az Zuhaili , Syeikh Dr.Mahmud Siyam , Syeikh Taajudin al Hilali Mufti Australia , Syeikh Dr. Ahmad Badruddin Hussun Mufti Am Syria dan ramai lagi .

Maksud saya , andai kufurnya syiah adalah merangkumi semua mazhab dikalangan mereka dan ianya muktamad dengan ijma’ nescaya tidaklah ulama’ – ulama’ sunni ini bercakap soal taqrib secara konsisten .


Sumber: http://www.tranungkite.net/

No comments:

Listen to Al Quran online

Listen to Quran