TEMERLOH 22 Dis. Seorang broker tanah dihukum penjara 10 tahun
oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah
menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan kepentingan terhadap tanah
seluas 1.6 hektar di Jalan Temerloh-Mentakab, 12 tahun lalu.
Hakim Ishak Bakri menjatuhkan hukuman itu terhadap Chung Onn, 60,
berkuat kuasa hari ini setelah mendapati tertuduh bersalah atas dakwaan
menggunakan satu surat akuan bersumpah palsu bertarikh 9 April 1996.
Onn didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat firma guaman Tetuan
Ikmal Hisam Idris, Bhal & Co, Wisma Swe Lee, Jalan Temerloh-Mentakab
mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
More: http://www.utusan.com.my/
No comments:
Post a Comment