ni cerita satu teknik manipulasi emas yang semakin popular. dapat duit
free, sapa tak nak, ye tak? kena pulak dengan mentaliti orang kita yang
memang jenis mudah percaya bila orang cerita pasal cepat kaya ni.
tapi betul ke teknik overlap emas ar-rahnu ni? ke tipu punya? ada
kos-kos tersembunyi ke? kat bank ar-rahnu mana yang terbaik nak buat
teknik overlap emas ni?
jeng jeng jeng. mari tengok kes study ni. kes ini melibatkan gadaian
pertama di agro bank selama 10 bulan, sebelum overlap pertama dilakukan.
1. teknik overlap ini amat bergantung kepada kenaikan harga emas pada
setiap kali overlap dibuat. seperti contoh di atas, selepas overlap
sekali, dapat cash
RM1,149.15. ini adalah duit bersih selepas ditolak segala hutang pada Gadaian Pertama. jadi kehebatan teknik ini bergantung kepada:
- perbezaan antara harga beli emas (PG, 1Gold, etc) dan harga emas ar-rahnu sewaktu gadaian.
- loan margin yang diberikan ar-rahnu
- upah simpan yang dikenakan oleh ar-rahnu
- kenaikan harga emas sewaktu overlap dilakukan
2. harus diingat bahawa selepas overlap dilakukan, walaupun mendapat
duit cash seribu lebih, jumlah hutang kepada ar-rahnu juga bertambah.
begitu juga jumlah upah simpan. jadi kalau harga emas jatuh atau
mendatarrrr je, maka tergoleklah nak bayar balik bila tempoh gadaian
sudah expire.
3. jadi amatlah penting pada waktu yang sama, duit yang diperolehi
sewaktu Gadaian Pertama (RM12,474) digunakan untuk tujuan investment
yang lain (main saham, trading emas, dan sebagainya). jangan pula
digunakan untuk beli ipad2 pulak ye.
contoh kiraan kasar kalau disimpan di dalam asb, maka dapatlah (7% x 12,474) =
RM873 setahun.
4. harga emas agro bank jarang diupdate, harga emas bank rakyat pula di
update daily. jadi lagi senanglah nak ber-overlap di bank rakyat. boleh
monitor harganya di
ar-rahnu exchange.
5. comparison of loan margin and upah simpan charge between agro bank
and bank rakyat ar-rahnu (as of today) adalah lebih kurang.
6. lokasi bank adalah penting supaya dapat timing untuk pergi overlap
bila harga naik. juga untuk mengurangkan traveling cost untuk pergi
overlap. kalau duduk kerteh nak gi overlap kat klang susahlah kan.
7. sekarang ar-rahnu dah tak terima gadaian gold bars or coins. so kalau
nak buat teknik overlap kena guna barang kemas sahaja. mungkin dimasa
akan datang ar-rahnu akan buka balik untuk gold bar. tapi tak tahu bila
lah...
8. kalau tidak mampu untuk menebus emas selepas tamat tempoh, emas akan
dilelong oleh ar-rahnu. lebihan harga lelongan selepas ditolak pinjaman,
upah simpan and small management fee akan dikembalikan kepada customer.
9. advantage simpan kat ar-rahnu adalah emas tu selamat, emas tu
verified by the tester berat and purity dia, dan kita dapat duit pajakan
untuk disaurkan ke sumber2 lain. kalau setakat nak buy and hold emas,
lebih baik simpan di safe deposit yang mana upah sewa jauh lebih murah
dari upah simpan ar-rahnu.
kesimpulannya teknik ini amat bagus kalau betul2 menggunakan duit
pinjaman itu untuk dikembangkan lagi, ditambah pula kalau harga emas
terus naik dan naik macam sekarang.