Perjanjian Sewa Rumah
Surat perjanjian sewa rumah
yang lengkap dan jelas boleh menyelamatkan beratus bahkan beribu
ringgit wang anda di kemudian hari. Jadi tuan rumah bijak dengan
menyediakan surat perjanjian sewa rumah yang berkesan dan jangan jadi
tuan rumah amatur yang tidak lelap tidur setiap kali ingin mengutip sewa
setiap bulan dan menanggung beban setiap kali penyewa keluar dari
rumah.
Blog
ini bertujuan untuk membantu anda mendapatkan surat perjanjian sewa
rumah yang efektif yang boleh menjamin masa depan anda sebagai tuan
rumah. Bagi sebahagian besar tuan rumah, masalah dengan penyewa bukanlah
sesuatu yang asing. Sebahagian besar tuan rumah terpaksa menanggung
masalah akibat penyewa yang tidak bertimbang rasa yang menganggap
seolah-olah tuan rumah memperolehi rumah itu secara percuma.
Menjadi
tuan rumah tidak semudah menyerahkan kunci rumah anda kepada penyewa
dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Anda mungkin tergolong dalam
1/100 tuan rumah yang bernasib baik jika mendapat penyewa budiman,
tetapi sebahagian besarnya tidak demikian. Walaupun sebahagian besar
penyewa rumah adalah manusia baik, namun seringkali sebahagiannya
menjadi manusia tidak bertimbang rasa dalam hal membayar sewa dan
menjaga harta benda tuan rumah dan kita tidak tahu mengapa berlaku
demikian.
Prosedur Menyewa Rumah
1. Duit deposit
Kebiasaannya pemilik rumah akan meminta sejumlah satu hingga 3 bulan deposit kadar sewa rumah. Kebiasaannya, wang pendahuluan itu digunakan untuk pelbagai keperluan seperti kos pembaikan rumah jika berlaku kerosakan ketika penyewa meninggalkan rumah dalam tempoh kontrak menyewa.
2. Notis berpindah
Penyewa perlu memberitahu pembatalan sewa kediaman kepada tuan rumah setidak-tidaknya sebulan atau dua bulan sebelum ingin keluar daripada rumah. Peraturan notis berpindah biasanya tertera dalam dokumen kontrak sewa.
3. Alamat
Penting untuk anda memaklumkan alamat kediaman baru sebagai alamat surat-menyurat rasmi.
Tenancy Agreement atau Perjanjian Sewa Beli
adalah bertujuan untuk melindungi kedua-dua belah pihak antara pihak
penyewa dan juga pemilik. Ia bukan hanya untuk kepentingan pemilik
semata-mata. Sebagai penyewa anda juga seharusnya tahu hak-hak anda
sebagai penyewa. Setiap perincian harus dinyatakan didalam perjanjian
supaya tidak timbul kekeliruan dimasa akan datang sebagai contoh
penamatan kontrak sewaan dan pemulangan wang deposit dan sebagainya.
Selepas
anda selesai mengisikan form tersebut bolehlah di bawa ke mana-mana
pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dimatikan setem supaya
perjanjian ni menjadi sah (legal). Atau sekiranya anda telah mengetahui
nilai duti setem anda, hanya perlu beli setem hasil dari mana-mana
pejabat pos dan kemudian pergi ke mana-mana pesuruhjaya sumpah untuk
matikan setem tersebut.
Sedikit rujukan untuk anda mengira jumlah duti setem:
HARGA DUTI SETEM = (SEWA SETAHUN - RM2,400)/250 X A
A = 1 (JIKA 1 TAHUN PERJANJIAN)
A = 2 (JIKA 2-3 TAHUN PERJANJIAN)
A = 3 (JIKA > 3 TAHUN PERJANJIAN)
Contoh: Sewa bulanan RM450 untuk 2 tahun
Jadi, RM450 x setahun = rm5400
HARGA DUTI SETEM = [(rm5400 - rm2400)/250] x 2(JIKA 2-3 TAHUN PERJANJIAN) = RM24
(Ini adalah contoh pengiraan sahaja, sekiranya ada apa-apa kemusykilan silalah rujuk pada mana-mana pejabat hasil)
Jika anda ingin menjadi tuan rumah profesional,
serta ingin mengelakkan masalah yang tidak diingini di kemudian hari,
yang menjadi igauan ngeri kebanyakan tuan rumah yang tiada
berpengalaman, dokumen yang saya sebutkan di atas adalah perlu
digunakan. Dokumen surat perjanjian sewa rumah dapat anda perolehi
dengan secara percuma sahaja. Anda akan dapat menyiapkan surat perjanjian sewa rumah anda hanya dalam masa 10 minit.
Anda tidak perlu menaip semula keseluruhan perjanjian atau mengupah orang untuk menaip kerana dokumen disediakan dalam MS Words - cuma masukkan sahaja maklumat yang berkaitan. Jumlah ini juga kecil jika dibandingkan dengan berurusan dengan pejabat peguam - mungkin RM250.00 ataupun mungkin RM500.00 untuk buka fail sahaja. Namun sekiranya anda inginkan cara yang lebih susah serta lebih mahal, ianya terserah kepada anda.
Surat perjanjian ini, bukanlah seperti surat perjanjian biasa yang biasa kita lihat, yang perolehi daripada pemaju dan sebagainya. Ini adalah surat perjanjian yang digunakan oleh jutawan-jutawan hartanah. Ini adalah rahsia bagaimana mereka menyewakan harta mereka dan dalam masa yang sama memastikan penyewa membayar sewa tepat pada masanya.
Anda tidak perlu menaip semula keseluruhan perjanjian atau mengupah orang untuk menaip kerana dokumen disediakan dalam MS Words - cuma masukkan sahaja maklumat yang berkaitan. Jumlah ini juga kecil jika dibandingkan dengan berurusan dengan pejabat peguam - mungkin RM250.00 ataupun mungkin RM500.00 untuk buka fail sahaja. Namun sekiranya anda inginkan cara yang lebih susah serta lebih mahal, ianya terserah kepada anda.
Surat perjanjian ini, bukanlah seperti surat perjanjian biasa yang biasa kita lihat, yang perolehi daripada pemaju dan sebagainya. Ini adalah surat perjanjian yang digunakan oleh jutawan-jutawan hartanah. Ini adalah rahsia bagaimana mereka menyewakan harta mereka dan dalam masa yang sama memastikan penyewa membayar sewa tepat pada masanya.
No comments:
Post a Comment