Thursday, October 25, 2012

27 syarikat disiasat BNM


KUALA LUMPUR 23 Okt. - Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyiasat 27 individu dan syarikat yang menjalankan skim kewangan haram yang menggunakan emas.

BNM dalam kenyataannya menyatakan, tujuan serbuan dan siasatan ke atas individu dan syarikat berkenaan adalah bagi melindungi kepentingan para pelabur daripada melabur lebih banyak wang dalam skim yang berisiko dan untuk melindungi kepentingan orang ramai.

Syarikat terbabit disyaki melakukan kesalahan, termasuk mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan maklumat palsu termasuk pernyataan yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun. “

Syarikat-syarikat tersebut dipercayai menjalankan skim yang tidak dapat bertahan lama selain menjanjikan pelabur pulangan bulanan yang lumayan dan jaminan belian balik emas.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121024/ek_01/27-syarikat-disiasat-BNM#ixzz2AF8qswKv © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Listen to Al Quran online

Listen to Quran